Sunday, 15 February 2015

Pekerja Sambilan Harian (PSH)

18 MEI 2014,AHAD,8.00 Pagi

Masih teringat lagi saat,detik menerima panggilan daripada unit perjawatan Jabatan Pendidikan Negeri KEDAH..

Dalam keadaan separuh sedar menjawab panggilan,bersyukur kerana telah diterima bekerja

Walaupun pada asalnya,aku pergi temuduga untuk jawatan Juruteknik Komputer dan sememangnya telah diterima untuk ditempatkan di Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH).

Tetapi,itulah namanya rezeki...

"Kamu ditawarkan jawatan Pembantu Tadbir PT(P/O) di SK Dato' Wan Mohd Saman"..

okayyyyy...tertanya plak di mana sekolah tersebut??
kerana aku tidak arif kawasan Alor Setar

Semangat menuju ke JPN untuk mengambil memo even tak tahu di mana JPN..tapi Alhamdulillah,jumpa akhirnya..

Then,cari plak SKDWMS..rupa-rupanya tepi jalanraya je pun..sering lalu tapi tak tahu nama sekolah itu..hahaha

Saat tiba,warga sekolah sedang mengadakan sambutan hari guru..meriah...

Alhamdulillah,kehadiranku diterima seadanya..best moment adalah apabila guru besar perkenalkanku kepada warga sekolah dengan memberitahu namaku "NUR JIHAN"..hahaha

Sepatutnya 3 bulan sahaja,tapi rezeki menyebelahi..kontrak disambungkan lagi sehingga 31 Disember 2014.

Dan,kini aku masih bekerja di SKDWMS bagi tempoh 3 bulan iaitu 01 Januari 2015 hingga 31 Mac 2015.

setakat sini dahulu coretanku..nanti kita sambung,okay :p

No comments:

Post a Comment