Sunday, 9 August 2015

R.I.N.D.U.

Rasa rindu pada blog semakin menebal. Sudah agak lama tak update blog. So,hari ni kita kembali kepada blog ya...

Bukan lupa nak update tapi kesibukan kerja membataskan diri ini untuk update.

Okay,kita nak share sikit ye memory yang berlaku sepanjang menghilang dari blog ni...


MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR


WARGA SKDWMS


GURU BESAR SKDWMS
TN.HJ. GHAFAR BIN ABDULAH



PERSIAPAN PENTAS OLEH WARGA SMK MERGONG


PENULIS BERSAMA GURU-GURU SKDWMS



Tuesday, 23 June 2015

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG KALI KE-46

Tahun lepas,saya hanya jadi pemerhati dari jauh. Untuk tahun ni, saya libatkan diri dalam kejohanan balapan dan padang SKDWMS. Sebenarnya, saya tiada nama untuk mana-mana rumah sukan, tetapi akhirnya ditarik masuk ke rumah sukan helang,warna hijau. Yang menariknya,masa form 1 dulu rumah sukan hijau. Form 2 bertukar sekolah masih dapat rumah hijau juga sampai form 6. Paling tak tahan, masuk alam pekerjaan masih rumah hijau lagi,haha. Alhamdulillah, cikgu-cikgu rumah sukan helang memang TERBAIK!!! Merekalah cikgu-cikgu paling sporting,happening,bersemangat. Kami bekerjasama menghasilkan hiasan untuk khemah rumah sukan dan perbarisan. Habis library sekolah kami jadikan tempat berkampung. Macam-macam gaya yang dipamerkan. Baring,lentak kuang,tudung terbang kami punya kerja,hahaha.. Walaupun rumah helang tewas tetapi kami puas hati sebab hiasan khemah no 1,hehe. Paling seronok apabila diri sendiri mendapat hamper untuk cabutan bertuah..


OUR MOMENTS...


BERSAMA PEMBAWA BENDERA,MASKOT,PEMEGANG SEPANDUK


PESERTA PERBARISAN RUMAH HELANG


PESERTA PERBARISAN RUMAH HELANG


BARISAN ORANG2 KUAT RUMAH HELANG


BAB BERGAMBAR KAMI MEMANG LAJU


"AHLI TERJUN" RUMAH SUKAN HELANG


HASIL KERJA KERAS KAMI SEMUA


YEAYYY!! DAPAT CABUTAN BERTUAH

Tuesday, 26 May 2015

Sambutan Hari Guru SKDWMS 2015

16 MEI


Tarikh yang boleh dikatakan wajib diingati oleh semua..iaitu HARI GURU..Kalau dahulu,saya menyambut hari guru sebagai seorang pelajar..tapi tahun ini,sambut sebagai seorang staf sambilan di skdwms..Diberikan tugas sebagai ajk hadiah..tahun ini,ubah sikit cara penyampaian hadiah itu..Majlis Staf telah membeli pendrive sebagai hadiah kepada guru dan staf..jadi,kita buat kelainan sikit ya..Murid-murid tahun 5 dan 4 dipilih untuk menyampaikan hadiah2 tersebut..tidak sampai 2 jam ajar mereka cara2 penyampaian hadiah..memang penat..sebab yg pertama,saya bukan cikgu..kedua,kena guide 69 org murid..fuuhhhhTapi,berkat usaha kami semua..Alhamdulillah,hasilnya berjaya..mungkin tidak sempurna tetapi mampu menarik nafas lega..Cara penyampaian tahun ini..murid2 masuk memegang beg kertas yg diisi dgn pendrive dan sekuntum bunga rose..murid lelaki dgn gaya pahlawan..murid perempuan dgn ayu dan manisnya..hehe..




Penyampaian hadiah oleh murid lelaki


Penyampaian hadiah oleh murid perempuan





TQ GUYS



Guru-guru SKDWMS






TERIMA KASIH






Sunday, 29 March 2015

LANGKAWI

Plan mengejut!!! 
Tetiba hati kami ingin bercuti ke Langkawi..lantas,mulakan survey..
Terima kasih banyak-banyak untuk Kak Shida..
Bersungguh-sungguh kakakku yang sorang tu..demi bercuti,hehe
Berusaha mencari sehingga berjaya dapatkan pakej yang murah..

SET DATE!! 11 Disember - 13 Disember 2014

Nasib baik ada cuti sehari jadi bolehlah guna..khamis pagi bertolak ke jeti kuala kedah..8.30 pagi sudah sampai di jeti..menunggu kak shimah,hakim dan kak fala..kak shida lewat sbb ambil tiket dkat suami kak fiza terlebih dahulu..
Gembira hati tak terkata..bukan senang aku nk dapat pelepasan drpd Pak..nasib baik dibenarkan..
Sepanjang perjalanan ke Langkawi banyak dihabiskan dengan gelak tawa..
Apabila sampai di jeti Langkawi,kami terus pergi ke kaunter kereta sewa..segala urusan sudah diuruskan jadi tidaklah memakan masa..
Kami diberikan kereta MYVI..misi pertama adalah mencari stesyen minyak,HAHAHA
Lepas tu,baru mencari MATAHARI INN MOTEL..WE FOUND IT!!! rupa-rupanya masuk ikut lorong antara SK Langkawi dan perpustakaan awam..
Okay,dh dpt bilik..letak beg dan brg2..kemudian mulalah cari kedai makan,nasib baik dekat je..lepas makan,terus mulakan aktiviti ISLAND HOPING..
Dalam pakej tersebut,kami pergi ke Pulau Dayang Bunting,Pulau Beras Basah dan Eagle Feeding.
PENAT tetapi BEST!!

Lepas habis aktiviti,MAKAN di CHENANG!!
Malam pula SHOPPING..hehehe..then,pergi cari pula orang yg uruskan aktiviti PULAU PAYAR...
LETIH.....jadi kita TIDUR!!

Esok pagi,breakfast dahulu..then,tunggu driver van dtg ambil utk ke Pulau Payar...
RAMAI..pening naik feri ke Pulau Payar..
WAHHH!!! cantik tempatnya,laut pun jernih..
4 jam kami berada di situ..balik dari sana,terus ke Makam Mahsuri..SEDIH sebab dah TUTUP...
Macam biasa,malam kita shopping...coklat,kain batik wajib beli...hehe

SABTU,last day di langkawi...tiket pukul 2.00 ptg..sebelum hantar kereta,meronda dulu ke Dataran Lang..beposing sakan di sana..lpas hantar kereta,kami menunggu di jeti utk balik...beg tu tak terkata berat dgn hasil shopping..haha

SELAMAT TINGGAL LANGKAWI !!!
















Sunday, 15 February 2015

Pekerja Sambilan Harian (PSH)

18 MEI 2014,AHAD,8.00 Pagi

Masih teringat lagi saat,detik menerima panggilan daripada unit perjawatan Jabatan Pendidikan Negeri KEDAH..

Dalam keadaan separuh sedar menjawab panggilan,bersyukur kerana telah diterima bekerja

Walaupun pada asalnya,aku pergi temuduga untuk jawatan Juruteknik Komputer dan sememangnya telah diterima untuk ditempatkan di Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH).

Tetapi,itulah namanya rezeki...

"Kamu ditawarkan jawatan Pembantu Tadbir PT(P/O) di SK Dato' Wan Mohd Saman"..

okayyyyy...tertanya plak di mana sekolah tersebut??
kerana aku tidak arif kawasan Alor Setar

Semangat menuju ke JPN untuk mengambil memo even tak tahu di mana JPN..tapi Alhamdulillah,jumpa akhirnya..

Then,cari plak SKDWMS..rupa-rupanya tepi jalanraya je pun..sering lalu tapi tak tahu nama sekolah itu..hahaha

Saat tiba,warga sekolah sedang mengadakan sambutan hari guru..meriah...

Alhamdulillah,kehadiranku diterima seadanya..best moment adalah apabila guru besar perkenalkanku kepada warga sekolah dengan memberitahu namaku "NUR JIHAN"..hahaha

Sepatutnya 3 bulan sahaja,tapi rezeki menyebelahi..kontrak disambungkan lagi sehingga 31 Disember 2014.

Dan,kini aku masih bekerja di SKDWMS bagi tempoh 3 bulan iaitu 01 Januari 2015 hingga 31 Mac 2015.

setakat sini dahulu coretanku..nanti kita sambung,okay :p